Tuesday, April 17, 2012

BUATMU YA ABI WA UMI


Kelu lidah abang untuk berkata,

mengungkap kata indah ini,

maafkan akan kealpaan diri abang,

terlupa akan hari yang penuh bermakna ini.


Saat menerima peringatan dari seorang adik,

Yang sentiasa mengambil tahu akan keluarga kita,

Abang agak tersentak,

Sebaik ‘lecturer’ menutup majlis,

Abang terus meninggalkan dewan,

Meninggalkan sahabat2 yang lain,

Meninggalkan kalam yang ada pada teman.


Abang terus menggapai telefon,

Namun tiada yang mengangatnya,

Tapi abang faham,

Ayah abang akan telefon semula,

Saat mengungkap kalimah itu,

Abang agak malu,

Bukan kerana abang dah besar,

Bukan kerana abang sudah pandai berdikari,

Tetapi,

Abang masih lagi gagal menjadi seorang anak yang baik,

Baik pada hati ayah dan mama.


Walaupun hal itu dipendamkan,

Terkadang sakit juga menahannya,

Tapi abang tak pandai mengungkap,

Mengungkap segala isi hati abang.


Abang tak pandai jadi seperti anak orang lain,

Yang pandai menjaga ibu bapa mereka dengan baik,

Yang mudah melontar rasa sayang,

Yang pandai di dunia dan akhirat.


Tapi,

Abang akan usaha semua itu,

Abang akan jadikan keluarga kita,

Keluarga yang menuju ke Jannah.


Biar kita lebih bahagia di sana,

Biar kita lebih tenang di sana.


Mewakili adik2 yang lain,

Alang (Aslam),

Aemang (Aiman),

Kak (fatihah),

Ayie (Azri),

Ustak (Afiq),

Ani (Fatini),

Qemar (Aqmar),

Dan Adik Pa (Azfar),

Menyusun sepuluh jari memohon maaf,

Atas keterlanjuran yang telah dilakukan,

Maafkan kami,

Kerna kami nakal,

Maafkan kami,

Kerna kami kurang berjaya,

Maafkan kami,

Kerna kami kurang segala-galanya.


Akhir kata,

Doakan kesihatan abang,

Agar abang cepat sembuh,

Semoga abang dipanjangkan usia,

Semoga abang berjaya menunjukkan sinar,

Sinar kejayaan yang diinginkan.


Hanya doa yang abang inginkan,

Yang lainnya,

Semuanya tanggungjawab abang,

Insya Allah…



Karya: Ashraf Azahan

2 comments:

ummufayyad said...

smoga menjadi penyejuk mata buat abi wa ummi ya akh^^
nice.

Ashraf Azahan said...

syukran ya ummu^^
amin ya rabbal 'alamiiinn..

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...