Wednesday, April 18, 2012

LIRIK ALGEBRA- YANG BENAR ITU BENAR


Berkata benarlah walau pun sukar
kerna pada yang benar adanya sinar
yang benar tidak boleh diganti tukar sekalipun
cuba disangkal oleh yang nakal
sekali pun ada yang bersikap hambar
kerna yang benar, itu benar..

Hantarlah bicara yang benar agar mengalir
ke setiap alur dan datar
ke hutan belukar dan paya terbiar
ke desa yang pudar dan bandar yang besar
kerna yang benar itu benar..

Nyatakan yang benar di daerah yang hambar
di kota mekar di akhbar tersiar
juga di tv dan radio terpancar...
untuk si miskin yang terlantar
dan si kaya yang tersandar
cakaplah yang benar walaupun tidak dibenar
sekalipun disanggah tegah di sambar kasar
kerna Tuhanmu adalah Tuhan Yang Maha Benar
Rasulmu ialah obor sabar cahaya sinar
buat yang benar maka yang benar itu tetap benar...

Hantarlah bicara yang benar agar mengalir
ke setiap alur dan datar
ke hutan belukar dan paya terbiar
ke desa yang pudar dan bandar yang besar
kerna yang benar itu benar..

Berkata benarlah walau pun sukar
kerna pada yang benar adanya sinar..


2 comments:

muka blog ema said...

lagu ni paling akak suke dengar time mule2 die kuar album ni...sangat2 syok dan terkesan bile d hayati bait demi bait lirik lagu ni...

Ashraf Azahan said...

na'am...setiap perkara yang diperkatakan dalam bait2 lirik mereka memang benar...(bru dpt beli album ALGEBRA^^)..

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...