Wednesday, April 18, 2012

BENGKEL MULTIMEDIA


Alhamdulillah. Di kesempatan yang masih terluang ini, marilah kita sama2 memanjatkan rasa syukur ke hadrat Ilahi yang telah memberi ruang kepada kita untuk beribadat di bumi ini. Tidak lupa selawat ke atas junjungan besar kita Nabi Muhammad SAW. Semoga contoh tauladan yang telah ditinggalkan kepada kita bukan sahaja untuk dihayati atau sekadar pengetahuan kepada diri kita tetapi untuk diikuti dan diamalkan.


Alhamdulillah, semalam (15 April 2012), berlabuhnya tirai ‘Bengkel Multimedia’ yang anjurkan khas oleh SAHAM UMP untuk semua peserta yang terlibat. Akhi juga merupakan salah seorang anggota yang mengendali bengkel ini amat2 bersyukur kerana bengkel ini dapat dijalankan dengan jayanya.


Yang paling mengujakan, bengkel ini bukan sahaja berjaya mendapat penyertaan yang menggalakkan daripada pelajar2 muslim malah pelajar2 non-muslim.


Bengkel yang berlangsung selama 2 hari ini, dikendalikan spenuhnya oleh 2 orang ‘otai’ SAHAM yang telah berjaya di laman UMP, Alhamdulillah. Terima kasih diucapkan kepada Abang Alif (penceramah untuk modul ADOBE PHOTOSHOP) dan Abang Hafiz (penceramah untuk modul PROSHOW). Ilmu yang abang2 sampaikan kepada kami sedikit sebanyak telah mencorak pemikiran kami untuk terus berdakwah di laman multimedia ini.


Akhi juga ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada abang2 fasi dan para peserta. Tanpa kerjasama yang ‘terbaik’ daripada anda semua, bengkel ini mungkin tidak dapat berjalan dengan lancarnya. Kemeriahan juga dapat dirasai sepanjang bengkel ini berlangsung.


Semoga ilmu yang kita perolehi dapat kita kongsikan berama dengan sahabat2 kita yang tidak berkesempatan untuk bersama kita dalam bengkel ini. Ingatlah sabda Rasulullah SAW, “Apabila mati anak Adam, putuslah semua amalannya kecuali tiga perkara: Sedekah jariah, ILMU YANG DIMANFAATKAN atau anak soleh yang mendoakannya."..Insya Allah.



More pictures here: https://www.facebook.com/media/set/?set=a.291963880879876.68847.239796109429987&type=1

No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...