Sunday, April 8, 2012

7 HARI DI BUMI KELAHIRAN





1st day…



Alhamdulillah. Hampir pukul 5 pagi (1 april 2012), akhi telah tiba di tanah air tercinta. Pagi tu, akhi hanya menunggu ayah akhi datang mengambil akhi di Masjid Melor. Akhi tiba di rumah selepas sahaja selesai solat subuh berjemaah di Masjid Ar-Rahman bersama ayah dan jemaah yang lain.



Pagi ini, kami banyak berborak. Selepas bersiap diri, akhi bersama mama akhi pergi ke JPJ, nak dapatkan ‘lesen besar’ yang dinanti-nantikan selama 2 tahun. Tiada lagi label ‘P’ dalam hidup ini. Alhamdulillah. Selepas membeli kuih dan surat khabar, mama akhi belanja kami adik beradik (yang tak pegi sekolah), makan keropok, ABC dan CPT. CPT ni singkatan bagi ‘cendol pulut tapai’. Ni juga antara makanan kegemaran akhi. Hanya di sini sahaja CPT yang yang paling sedap yang akhi jumpa di atas muka bumi ini..:-)





Selepas solat asar, akhi bertolak menuju ke maahad kerana ingin menziarahi ‘adik-adik’ akhi yang kusyuk study di sana. Sebenarnya akhi terlewat bangun. Mana taknye, tidur dalam sleeping bag yang tebal, memang dibawa melayang ke alam mimpi yang indah la jawabnya. Maahad yang diberi nama Maahad Tahfiz Al-Qur’an Wal Qiraat ni terletak di Pulai Chondong, agak2 dalam 10 kilometer dari rumah akhi. Seronok berborak dengan ‘adik-adik’ ni. Mereka pun banyak bertanya tentang study di universiti, tentang sosial pelajar kat sane. Tapi hasrat mereka ni tinggi. Nak sambung ke Jordan. Waa… Akhi doakan semoga kalian berjaya…amin. (teringat time nak buat dentist dulu…T_T).



Malam ni, akhi bersama adik2 yang lain tengok pertandingan badminton, Axiata Cup yang berlangsung di Jakarta, Indonesia. Seronok dapat tengok tv. Di UMP, memang ade tv, tapi nak luangkan masa dengan tv ni memang susah la jawabnya.



2nd day…





Alhamdulillah. Hari ni akhi dapat peluang untuk menjenguk bandar yang indah, sebuah bandaraya Islam yang menenangkan. Akhi ke sana bersama adik akhi, Fatihah. Kebetulan pula hari ni ada pesta buku di Dewan Jubli Perak. Agak susah jugak nak cari parking kat sana. Pengunjung yang hadir hari ni kebanyakannya pelajar sekolah. Ibarat lautan student di sini. Seronok tengok adik2 ni bermain, berlari sane sini dengan seragam yang macam2 warna. Ada coklat, biru, pink, purple dan yang paling banyak semestinya PUTIH. Itu kat luar. Bila je masuk ke dalam dewan, haha, akhi la antara orang yang paling tinggi kat situ. Al-maklum la budak sekolah, ketot2 lagi. kebetulan time ni boleh guna baucer lagi, memang adik2 ni borong habis2.





Akhi pun tak ketinggalan untuk membeli buku kat sini. Time nak bayar pula, memang terserlah la diri ni yang sedang beratur dengan adik2 yang kecik molek ni. Nak cakap cikgu, pakaian tak Nampak macam seorang cikgu. Memang time ni cover betul2 muka ni. Haha.. yang paling akhi suka, bila tengok resit adik2 ni. Tu dia.. dari pinggang sampai ke kaki. Punye la semangat adik2 ni. Apa2 pun akhi doakan kepada semua adik2 ni agar cemerlang dalam pelajaran mereka. Amin..





Selepas tu, kami pergi ke gerai di hadapan Masjid Muhammadi. Mama akhi suruh beli qurta baru. Katanya, kesian tengok akhi pakai baju yang sama. Apa2 pun, tq mama. Alhamdulillah, merasa jugak pakai baju yang sentiasa menjadi idaman hati ini.





Selepas tu, kami pergi ke Syarikat Jaafar Rawas (SJR), salah satu kedai yang menjual barang2 keperluan agama. Memang banyak buku agama yang dijual kat sini. Ibaratnya, apa yang sahabat inginkan semua ada di sini. Kedai ni akan dipenuhi terutamanya pada hari jumaat selepas ‘santapan rohani’ daripada Tok Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat (MB KELANTAN). Keadaan time tu memang akan ambil masa untuk masuk dan keluar, memang terlalu ramai. Alhamdulillah, akhi sudah merasai keadaan itu banyak kali. Biarkan penat menunggu, asalkan seronok dapat ‘memburu’ iman dan ilmu secara beramai-ramai ni.



Selepas azan zohor dilaungkan, kami bertolak semula ke Masjid Muhammadi untuk solat. Alhamdulillah, ramai jemaah di sini. Bertimbun la pahala yang diperolehi pada kali ini. Kami sebenarnya nak teruskan ‘jelajah’ kami ni di KAMDAR, tapi masa tak mengizinkan. Kami terpaksa balik untuk mengambil adik di sekolah. Tak apa. Ada masa lagi untuk datang semula ke Bandaraya Islam ni. Insya Allah.





Sampai sahaja di rumah, akhi tak terus masuk rumah. Sebaliknya, mengutip buah ‘cerry’ yang dah masak. Sebenarnya, akhi tak tahu apa nama sebenarnya buah ni. Tapi, nak mudahkan cerita, kami adik-beradik panggil dia buah ‘cerry’. Buah yang kecil molek ni antara favourite akhi jugak. Sebabnya, senang nak makan. Kutip dan terus ‘sumbat’ dalam mulut. Kalau nak lagi feel, ambil banyak2 (yang merah2) dan masukkan ke dalam mulut sekali gus. Sedaap. Manis pula tu. Alhamdulillah, rezeki.





Selepas solat asar, akhi dengan adik2 tengok cerita Upin Ipin bersama2. Seronok tengok cerita budak kembar berkepala besar ni. Lagipun, dah lama tak tengok.



3rd day…



Hari ni, akhi balik sekejap ke kampung akhi di Kampung Cabang Tiga Pendek. Dah lama tak jumpa dengan Tok Wan akhi. Alhamdulillah, ketika sampai, Tok Wan baru selesai solat dhuha. Ni la antara amalan yang menjadi contoh kepada cucu2 dia yang sedang meningkat dewasa ini. Insya Allah. Semoga Allah memanjangkan usia Tok Wan.



Selepas berborak ringkas, akhi bersama Tok wan pergi ke rumah adik Tok Wan, Tok Su Zah yang bersebelahan dengan rumah Tok Wan. Sekarang ni Tok Su tak la sunyi sangat sebab cucu2 nya yang dulunya tinggal di Johor telah berpindah ke Kelantan. Yang paling akhi seronok, akhi dapat berjumpa dengan adik Mia, baby yang baru berusia 4 bulan. Adik Mia adalah cucu ke-4 Tok Su. Dah lama akhi tak mendukung seorang baby. Rasanya dah 4 tahun. Lama tu. Alhamdulillah…:-D



Sebelum tengah hari, akhi pergi pula ke rumah atok akhi. Yang ni datuk sebelah keluarga sebelah mama akhi. Kiranya, rumah ayah mama akhi. Yang paling best kat sini, akhi dapat makan masakan atok akhi yang sangat sedap. Memang masakan daripada atok akhi menjadi penantian yang paling besar buat akhi. Masakan seorang datuk mithali yang ringkas tapi penghayatan yang akhi lalui menyebabkan akhi rasa nak habiskan semua lauk yang ada atas meja tu. Kena ingat juga, berhenti sebelum kenyang. Tapi masakan ni, menyebabkan akhi lupa ‘kata2 hikmah’ ini. Allahuakbar..



Petang ni, kembar akhi pulang dari Dungun, Terengganu. Seperti biasa, rumah ayah akhi akan jadi huru-hara sikit bila ada ‘makhluk’ ni. Memang itu sifat dia sejak azali lagi. Sebenarnya, kembar dia pun jenis yang huru-hara juga. Tak tunjuk je. Haha…sebelum maghrib, kami makan bersama2. Walaupun tak cukup seorang lagi (adik akhi yang study di UIA), suasana time tetap meriah. Alhamdulillah..



4th day…



Pagi tadi, ayah akhi call mama akhi. Dia jemput datang tengok ‘rumah’ yang akan kami diami tak lama lagi. Insya Allah, kami merancang akan tinggal dalam kuarters tapi tak sure lagi dapat ke tak. Doa2kan ye.






Alhamdulillah, rumah ni agak besar juga. Muatlah bagi kami yang ahli family bagai satu team futsal ramainye. Suasana kat sini tak ubah seperti kuarters yang pernah kami diami di Gerik. Perak..T_T (teringat pula kenangan lama). Disebabkan rumah ni sudah lama tak dihuni, kami terpaksa menunggu dahulu untuk sesi baik pulih. Insya Allah, dipermudahkan semuanya.



Selepas itu, akhi bersama kembar pergi ‘derak’ (bersiar-siar) di Kota Bharu. Selain dari tu, kami shopping sikit barang2 yang akan kami bawa pulang ke universiti. Agak banyak juga la. Nak tak nak, kena beli juga. Pada asalnya kami ingin mencari semua barang tu di KB MALL tapi bila tengok banyak barang yang tiada di situ, kami beralih ke MYDIN Kubang Kerian. Di sini kami borong habis2 barang kat sini. Insya Allah, semuanya barang2 keperluan. Seronoklah kembar akhi. Hari ni sahaja dia dapat 18x points. Tu pun sebab kami bayar sekaligus. Kebetulan time tu dia bawa duit lebih.



Hari ni kami lunch di Perkampungan Seni Kraf. Salah satu tempat tumpuan pelancong yang terletak berhampiran dengan Bazar Tengku Anis dan Masjid Muhammadi. Selepas makan, kami bersiar2 di kawasan itu. Macam2 jenis seni kraf tangan yang dapat dilihat di sini. Mungkin disebabkan ‘poket kempis’, tak dapat la nak beli barang2 kat sini untuk dijadikan kenangan. Insya Allah, akan datang balik ke sini.





Ni la kembar akhi, Aslam


Selepas solat zohor di Masjid Muahmmadi, kami bertolak balik. Time ni giliran kembar akhi yang drive. Akhi pulak, apa lagi, *kroh2* zzzzz….





Malam ni, ada perlawanan bola sepak antara Team ‘Elite’ Kelantan, The Red Warriors (TRW) dengan Arema Indonesia. Perlawanan TRW memang merupakan satu penantian bagi akhi. Time ni la nak bersorak dengan family (tak semua) yang minat bola ni. Penantian ni akan tertunai bila cuti sem je. Memang mereka2 ni main bersungguh-sungguh. Ada juga la yang tak puas hati. Tapi semua tu biasa la dalam perlawanan. Yang penting ukhwah dan teamwork dalam pasukan. Tahniah kepada Ghaddar kerana telah menyumbangkan hatricks untuk TRW mengutip 3 mata. Bisa anda malam ni bagai Sultan Al-Fateh. Mencuba untuk menjaringkan gol dari pelbagai sudut. Alhamdulillah.



5th day…



Hari ni, akhi dengan kembar akhi pulang sekejap ke kampung di Kampung Pendek. Tapi satu dugaan melanda akhi. Akhi mengantuk sikit time driving tadi. Alhamdulillah, tak ada apa2 tadi. Risau jugak sebenarnya.



Bila sampai di rumah Tok Wan, dia tiada di rumah. So, kami pergi ke rumah Tok Su. Seronok dapat bermain dengan budak 4 tahun ni. Panggil dia, Boboi. Tapi hari ni dia banyak sangat ketawa sampai la satu tahap tu:



“uuwwwwweeeeeeekkkkkkkk!!!!!!”



Allahuakbar. Banyak juga la. Macam2 yang bercampur di situ (jangan risau takkan ditulis apa isi kandungannya..haha). Tak cukup dengan tu, sekali lagi dia ‘menyembur’. Haha..yang ni best, dia muntah atas muka kembar akhi (bayangkan sendiri ya…eeee).



Dengan adik Mia




Sayalah Boboi...haha


Selepas solat zohor, sepupu yang sebaya dengan akhi telah tiba dari Kedah. Dia sekrang ni terpaksa bercuti kerana kurang sihat. Insya Allah, bulan September ni dia akan kembali semula ke UIA. Itu pun sekiranya doktor mengizinkan. Insya Allah, marilah kita bersama2 berdoa untuknya. Ini mungkin ujian dari Ilahi yang tidak dijangka akan dihadapi olehnya.


Selepas itu, akhi join Tok Wan keTanah Merah untuk mengutip duit sewa kedai dan getha arwah Tok Ayah akhi. Alhadulillah, rezeki Tok Wan sentiasa dilimpahkan oleh-Nya walaupun Tok ayah sudah tiada di sisinya.



Dinner malam ni, Tok Wan belanja kami makan eDDLee Fried Chicken (EFC). Memang happening jugak la malam ni tapi akhi terpaksa pulang ke rumah malam ni jugak sebab kembar akhi akan pulang ke Terengganu pagi esok. Alhamdulillah, murah rezeki malam ni.



6th day…



Hari ini, akhi terpaksa duduk di rumah sebab ayah dan mama akhi pergi menghantar kembar akhi di Terengganu. Biasanya adik2 ni akan ikut pergi tapi kali ini diorang tak nak pulak. Hhhmmmm… baru nak join kuliah pagi daripada ‘Tok Ayah Angkat’ akhi di Jalan Dato’ Pati. Adoi, melepas pulak. Alamatnya kena datang balik bulan Jun ni pula la. Lama tu..takpe2, Insya Allah.



Dinner hari ni, kami sekeluarga makan roti tempayan. Roti ni memang dibuat sendiri oleh ‘orang luar’. Akhi ada Tanya dengan kakak yang kerja kat situ.



“Kak, meme ore ni diimport erk?”



“Ho, try la, sedak tu”.



Memang jaminan tu betul. Memang pun roti dia. Sampai semuanya licin kami makan. Alhamdulillah.



7th day…



Hari ni hari last di bumi Islam Kelantan. Sedih pula rasanya nak balik. Yang paling terkejut time ayah akhi cakap:



“Ni, ambil ni, pegi beli handphone”.



Hanya Tuhan je yang tau hati tu macam mana time tu. Alhamdulillah, tq Allah, tq ayah.





Selepas selesai sulam nama pada jaket di DOCNAN Pengkalan Chepa, ada seorang lelaki asing beri salam kepada akhi. Selepas beberapa patah bercakap dengannya, dia memanggil kawannya.



“He can speak English”.



Dalam hati akhi. “Ha, habis la aku. Diorang nak ape ni?”



Lepas tu kawan dia datang.



“Sir, we are from Pakistan.”



Oo, rupanya diorang nak minta derma untuk anak2 yatim yang tinggal kat sana. Alhamdulillah, ringan tangan ni menghulur semampu mungkin.





Lepas tengok kapal terbang Ais Asia berlepas, akhi pergi pula ke PUTIK (Pusat Tarbiah islamiah Kelantan) hanya sekadar nak menjenguk sahaja. Alhamdulillah, sejuk mata memandang pusat ini. Terasa meningkat semangat untuk berjuang di jalan-Nya.



Selepas membeli ‘hadiah’ yang diberikan, akhi lunch di kedai nasi kukus di Kg Sireh. Bagi akhi, di sinilah hidangan nasi kukus yang paling best.



“Alhamdulillah. Wak laing tok leh lawe doh”.



Harga RM4 memang berbaloi dengan ke’besar’an ayamnya dan kesedapannya.



Elok lepas makan terus solat zohor berjemaah di masjid Kg Sireh.



Selepas tengok kekalahan Terengganu kepada Selangor. Akhi bertolak ke Machang untuk menunggu bas. Banyak jugalah masa untuk bersembang ‘nakal’ dengan ayah dan mama akhi. Sebenarnya, dalam perjalanan ini akhi rasa amat2 sayu dan sunyi untuk balik. Tak tahu kenapa. Semoga Allah memudahkan perjalanan pada malam ni dan kehidupan akhi di UMP nanti. Insya Allah.



Ayah memang pakar bab packing2 barang ni..haha




Sebelum bertolak ke Machang


Itulah sedikit sebanyak yang dapat akhi kongsikan tentang pengisian cuti mid-sem akhi. Sebenarnya banyak perkara yang akhi buat. Ni pun akhi dah singkatkan..haha.



Semoga perkongsian yang tak seberapa ini dapat kita ambil apa boleh dimanfaatkan dalam kehidupan seharian kita. Insya Allah.



Lagi gambar2 kenangan: https://www.facebook.com/media/set/?set=a.285437694865828.67455.239796109429987&type=1



No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...