Wednesday, March 21, 2012

MENUJU GERBANG IMAM MUDA

Alhamdulillah. Syukur ke hadrat Allah SWT dan selawat ke atas junjungan besar Nabi Muhammad SAW. Alhamdulillah, rezeki itu di tangan Allah. Hari ni (19 Mac 2012) akhi bersama sahabat akhi telah pun dipilih oleh Allah SWT untuk menyertai ujibakat Imam Muda Musim Ke-3 yang diadakan di UMP Kampus Gambang. Angan-angan kosong yang selama ini bermain di fikiran rupanya diterima Allah sebagai doa kepada-Nya. Teringat lagi time post di FB: Ashraf Azahan, Imam Muda Musim Ke-3? Haa, kan Allah dah pilih.

Saat dikhabarkan berita tersebut oleh seorang sahabat akhi ketika sesi latihan nasyid, kami terus merancang jadual dan masa untuk pergi ke sana. Tidak kurang juga ramai yang memberi semangat dan nasihat. Baik di alam nyata mahupun di alam FB. Ada juga sahabat akhi yang mengingatkan supaya mengekalkan nawaitu sebenar. Pergi bukan untuk popular, tetapi pergi kerana kurangnya ilmu di dada. Dan itulah menjaga niat akhi untuk ke ujibakat ini.

Alhamdulillah, sebenarnya akhi baru sahaja selesai mengikuti pertandingan Imam Muda vs Ustazah Pilihan yang dilaksanakan beberapa hari sebelum ini. Kiranya, tidaklah gementar sangat. Komen membangun daripada pihak juri tempoh hari sedikit sebanyak dapat membetulkan lagi di mana yang tersilap.

Atas beberapa faktor yang tak dapat dielakkan, akhi hanya bersama sahabat akhi, Hidayat dan dua orang lagi senior (salah seorangnya peserta Imam Muda UMP). Perjalanan dengan Innova UMP memakan masa hampir 40 minit untuk tiba di Gambang. Kami ingat kami yang terlewat, rupanya pihak produksi pun belum sampai lagi. Katanya ada masalah sikit. Semoga mereka semua dalam keadaan selamat. Disebabkan itu program itu dapat dimulakan selepas solat zohor.

Sebelum itu, akhi sempat bertemu dengan abang-abang senior yang mana bukan calang-calang student. Mereka ialah Abang Basith (Presiden SAHAM), Abang ‘Afifi (Presiden Arabic Club) dan antara orang kuat MPP UMP, Abang Zulwafi. Ketika ini, akhi dan sahabat akhi sedang berehat di bilik khas untuk VIP. Alhamdulillah, Allah bagi awal untuk merasai layanan seorang VIP. Ketenangan juga dapat dirasai dengan adanya tayangan TV AL-HIJRAH di dalam bilik itu. Rasa ada roh Islam di dalamnya.



Sebelum sesi ujibakat dimulakan, akhi dan sahabat yang lain diberi taklimat ringkas dari wakil Astro Oasis, Abang Azhar. Saat inilah bermulanya debaran untuk meniti titian Imam Muda. Akhi menjadi peserta yang pertama untuk diuji. Gementar juga, sampai terpaksa keluar balik dari bilik pentas untuk cari Hidayat untuk dibuat teman. 3100. Inilah nombor giliran akhi.


Alhamdulillah, hanya pada awalnya sahaja perasaan itu timbul. Sebenarnya akhi dah biasa dengan pentas. Tapi pentas kali ini diterangi dengan lampu yang amat cerah dan kamera. HD pula tu. Kalau baju berkedut, memang akan nampak dalam kamera tu.

Selepas memperdengarkan surah al-Fatihah, surah ad-Dhuha menjadi pilihan akhi untuk bacaan yang kedua sebab surah ni selalu dibaca dalam solat sunat dhuha. Kiranya, tak menjadi masalah sangat. Alhamdulillah. Selepas itu, ada sesi fotografi. Ni ‘kes’ yag tak bawa gambar pergi audition macam akhi. Hidayat pun sama. Maklumlah, first time audition.

Sebaik sahaja selesai makan nasi ayam, kami bertolak balik semula ke UMP kampus Pekan. Kerana penat kami tertidur sampai tiba di kampus. Alhamdulillah, macam tak percaya dapat pergi audition tu.



Thanks Allah, I know you always heard me, whatever I want, and whatever I think, and you never miss it. Love You so much. Alhamdulillah.



No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...