Saturday, March 3, 2012

LUAHAN KASIH SEORANG SAHABAT


Alhamdulillah. Salam ukhwah kepada semua sahabat. Marilah kita sama-sama panjatkan rasa syukur kita kepada Yang Maha Esa kerana Dia telah memanjangkan sedikit masa kepada kita untuk kita luangkan waktu kepada-Nya. Selawat dan salam kepada Rasulullah SAW, kekasih Allah SWT. Kali ini saya ingin berkongsi sedikit luahan seorang sahabat yang amat menyayangi sahabat-sahabatnya. Seharusnya kita jadikan dia sebagai contoh kerana keikhlasannya menegur sahabatnya tidak kira bagaimana caranya, asalkan nasihat itu sampai kepada sahabatnya itu.

Teks ini saya jumpai ketika mengembara di layar facebook untuk mencari ilmu yang baru. Dari segi bahasa yang ditulis, mungkin sahabat ini mengalirkan air mata yang tidak disangka oleh dirinya sendiri. Namun, atas dasar kasih sayangnya dia tetap menulis luahan ini untuk menegur sahabatnya. marilah kita sama-sama menghayati dan merenung apa yang ingin disampaikan pleh sahabat kita ini. Semoga warkah ini sedikit sebanyak mendekatkan diri kita kepada Ilahi. Koreksilah diri kita untuk kejayaan kita di dunia dan akhirat. Insya Allah..

..........................................................................................................................................................................

Assalamualaikum w.b.t.,


Salam sayang buat sahabat2 ummu semua. Ummu memohon seribu kemaafan andai selama ini ummu terlupa untuk bertanyakan khabar semasa semenjak penghijrahan sahabat ke IPT/IPTS/MATRIK bahkan yang berada diluar negara sana. Maklumlah, semua sibuk dengan persiapan utk ke menara gading, tetapi ummu tidak pernah lupa kepada sahabat-sahabat yang telah ummu kenal sepanjang berada di sekolah. ummu rindu celoteh dan gurauan anda semua yang selalu menceriakan suasana.


Hadirnya facebook itu,lagi mengeratkan hubungan kita yang terjalin,senangkan?boleh tahu perkembangan sahabat2 semua..Alhamdulillah..semoga talian ukhuwah yang kita bina di sekolah berkekalan hingga akhirat.

Sahabat,

masihkan kau ingat?kita saling ingat memperingati antara satu sama lain,ada yang salah & khilaf,ada sahabat yang menegur.Dengan itu,kita saling muhasabah diri,kita perlukan sahabat2 utk menegur kita,bahkan saat di sekolah itu adalah kenangan yang paling manis dalam hidup ummu.Walaupun kurang bertegur sapa di facebook namun setiap perkembangan sahabat2 ummu ikuti..

Namun,setelah sekian lama,

ummu terdiam..itukah kamu?Mata ummu seolah tidak percaya akan itu.

Kamu berubah.


Berubah dari segi pakaian, kepala mu dilitupi dengan tudung jarang senipis penapis kain soya. Singkatnya tidak menutup dada lebih ummu terkesima. Sangat kaget.

Padahal saat dulu,pakaianmu sejuk mata memandang,inikah dia orang yang ummu kenal dahulu?

Sahabatku,


Tidakkah kamu ingat pada suatu masa dahulu kamu pernah mengutuk orang yang berpewatakan seperti itu? Kita sama-sama berdoa supaya dijauhkan Allah SWT daripada menjadi golongan seperti kebanyakan manusia kini, walaupun hakikatnya kita akan kelihatan pelik pada pandangan masyarakat.


Sahabatku yang disayangi,


Ummu lebih terkejut dan tidak menyangka rupanya kamu kini sudah berani melakukan salah satu jalan-jalan untuk menghampiri zina. Kamu berani mendedahkan yang awak sedang hangat menikmati keindahan bercouple sebelum mempunyai ikatan yang sah di dinding facebook. Cinta yang penuh noda dan dosa serta kepalsuan dunia.



Sahabatku yang dicintai,


Ummu bimbang kamu terlibat dengan masalah jalan menghampiri zina ini. Ingatkah , dulu, kita pernah membaca akhbar bahawa setiap pasangan yang terlanjur itu tidak pernah berniat untuk melakukan zina, pada awal ikatan hubungan mereka.


Andai seekor harimau masuk menerkam ke rumah kamu , sudah tentu kamu akan menjerit ketakutan dan lari bertempiaran kerana bimbangkan keganasannya akan menghancurkan diri kita ataupun boleh meragut nyawa kita. Dan, berbeza pula dengan bahaya seekor nyamuk. Kita boleh duduk diam dan selesa walaupun sebenarnya kehadiaran nyamuk boleh membunuh kita dalam diam.


Nyamuk atau harimau, natijahnya sama. Membawa kesan yang sama. Kematian dan kebinasaan. Begitulah ikhtilad yang kita perlu jaga. Andai zina itu kita takuti dan geruni, mengapa kita membiarkan nyamuk-nyamuk ikhtilad yang berbahaya diselaputi dalam kehidupan kita?




Sahabatku yang dihormati,


Dosa daripada menjalin hubungan kasih dengan si dia bukan saja boleh membawa ke arah zina, malah, penangan dosa itu turut terasa apabila awak sudah berumah tangga nanti. Kepercayaan terhadap si dia selepas berkahwin kelak telah dicabut oleh Allah SWT dan ini akan meragut kebahagiaan rumah tangga yang amat memerlukan kepercayaan antara satu sama lain.


Kamu mungkin akan berfikir, "Jika dahulunya sebelum berkahwin, suamiku boleh menjalin hubungan yang istimewa denganku secara haram, masakan kini dia tidak berani melakukan perkara yang sama dengan wanita yang lain yang lebih cantik daripada aku."


Dan, suami kamu juga akan berandaian yang sama terhadap awak. Bahagiakah rumah tangga yang dipenuhi dengan pra sangka dan tuduh-menuduh antara satu sama lain?


Sahabatku yang dikasihi,


Hidupnya kita di dunia ini tidak lama. Umur umat Muhammad SAW hanya sekitar 60 tahun. Jika sekarang umur kita 18 tahun, berapakah baki tahun yang tinggal? 42 tahun. Sesungguhnya tempoh itu tidak lama, wahai sahabatku. Berapa ramai yang Allah SWT takdirkan mereka mati dalam kejahilan dan kelalaian serta tidak sempat untuk bertaubat kepadanya. Ya Allah, takdirkan kami dengan akhir kehidupan yang terbaik.


Walaupun begitu, sahabatku, lihatlah. Ramai juga remaja-remaja yang sebaya dengan kita telah dijemput yang maha Esa disaat usia yang masih muda. Ada yang ditakdirkan mati dalam keadaan mulia,Alhamdulillah. Dan, ada yang ditakdirkan mati dalam keadaan hina seperti mati ketika merempit, mati ketika berusaha untuk menggugurkan kandungan anak luar nikah malah ada yang mati terjun bangunan kerana putus cinta yang hina. Masya Allah, naudzubillah!


Sahabatku, ummu menulis ini kerana sayang padamu!teramat sayang!


Sahabatku yang dirindui,
Bagaimanalah agaknya perasaan nabi yang kita junjung, nabi yang kita anggap sebagai contoh ikutan teladan sepanjang zaman ini, apabila melihat diri kita menjadi seperti mana yang diidamkan oleh barat?


Bagaimanalah perasaan dan terkilannya nabi Muhammad SAW (andai baginda bersama kita sekarang) apabila membaca status di dinding facebook awak tempoh hari?


Ummu sedih. Sedikit lagi mahu menitiskan air mata, kerana baginda juga (ummu yakin) akan mempunyai perasaan yang sama. Setelah Islam diperjuang dengan susah payah, akhirnya umat kini tidak lagi mengambil ajaran Islam sebagai jalan dan cara hidup yang diyakini.

Sahabatku yang dihargai,


Umat Islam kini dalam keruntuhan akhlak, kerosakan aqidah yang membarah, dalam kejahilan moden. Kita perlukan pembaharuan. Kita banyak tugas-tugas yang perlu diselesaikan. Isu hukum-hakam Islam dipersenda oleh kerajaan kita sendiri, tidakkah awak terasa Islam begitu hangat dihina pada masa ini? Apakah awak hanya sibuk memikirkan bagaimana menghangatkan cinta palsu durjana awak dengan si dia semata-mata hingga lupa pada semua ini?


Lupakah kamu bahawa pada zaman Rasulullah SAW, Islam itu berkembang dengan disertai oleh golongan-golongan muda remaja seperti kita?
Tenaga kita sangat diperlukan, wahai sahabatku. Diperlukan dalam menggerakkan usaha dakwah dan penerangan kepada mereka yang jahil. Ataupun, cukuplah dengan menjaga diri kita daripada menambahkan statistik orang yang melukakan hati baginda SAW diakhir zaman ini.


Sahabatku yang dicintai,


Cukuplah dengan peringatan azab seksaan kubur itu menginsafkan. Tidak perlu didatangkan bagaimana kedahsyatan api neraka itu, wahai sahabatku. ummu sungguh gerun untuk menulis di sini betapa dahsyatnya, betapa seksanya, betapa deritanya, betapa sesalnya, betapa seriknya penghuni-penghuni neraka kelak. Moga kita dijauhkan Allah daripadanya.


Mengambil kisah tentang himpitan kubur saja, sudah menginsafkan. Ibn Umar menceritakan, sabda Nabi SAW (yang bermaksud), "Saad ini (ketika kematiannya); telah bergerak 'Arasy, dibukakan pintu-pintu langit dan jenazahnya telah disaksikan oleh 70,000 malaikat. Tetapi dia telah dihimpit oleh tanah kuburnya kemudian telah dilepaskan." (Hadis Riwayat an-Nasaie, hadis sahih. Lihat sahih an-nasai : 2057)


Sedangkan, Saad bin Muaz adalah salah seorang sahabat yang mulia dan agung sehingga baginda pernah bersabda (yang bermaksud) : "Jika ada sesiapa yang akan terlepas daripada azab kubur, nescaya Saad ini adalah orangnya, sedangkan dia telah dihimpit oleh tanah kuburnya kemudian telah dilepaskan." (Hadis Riwayat at-Tabrani, hadis sahih. Lihat sahih al-Jami' : 5306)


Cukuplah sahabatku. Cukup. Itu pun sudah menggerunkan jiwa kita yang lemah ini. Siapa kita jika hendak dibandingkan dengan Saad bin Muaz?


Jika kamu berasa azab seperti ini belum cukup menggerunkan, cubalah pasangkan sebatang lilin dihadapan kamu . Letakkan jari kamu di situ. Bila hangus, alihkan jari yang lain. Jika kamu dapat bertahan, itu hanya sebahagian kecil kepanasan api dunia. Apatah lagi api neraka di akhirat kelak. Cukuplah sahabatku, cukup. Hentikanlah daripada membenarkan diri kamu dihinggapi kederhakaan kepada Allah. Ummu juga takut dan bimbang, kerana itu ummu mohon supaya sahabat-sahabat sekalian, mendoakan supaya ummu dan kita semua dijauhi daripada api neraka.

Sahabatku....


Jika ada sekelumit kesedaran yang mahu diruntuhkan kemaksiatan kepada Allah, maka lenyapkanlah segera. Kita tidak akan tahu bilakah kita akan meninggalkan dunia yang fana dan penuh dengan fatamorgana ini.


Wahai sahabatku, Allah itu sangat penyayang sifatnya, lebih menyayangi hamba-hambanya melebihi seorang ibu yang sayangkan anak kandungnya. Selagi dunia belum kiamat, selagi matahari belum terbit sebelah barat, selagi kaabah belum diruntuhkan, selagi nyawa masih belum sampai dikerongkang, selagi itulah kita diberi ruang taubat kepada Allah. Sungguh besar keampunan Allah, melebihi daripada kemurkaannya. Mengapa kita memilih murkaNya?

2 comments:

ummufayyad said...

syukran ya akh.:)
sahabat yang sejati ialah sahabat yang menegur akan kesalahan sahabat2 nya dan saling membantu antara satu sama lain.
insyaAllah
bawa sahabat kita ke syurga
^_^

Ashraf Azahan said...

Insya Allah...amin....

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...