Sunday, February 5, 2012

SUMBANGAN DANA 'MENARA 12'


Persatuan Pembimbing Pelajar Islam Kelantan (PPIK) anjuran bersama Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM) Cawangan Kelantan dan Persatuan Kebangsaan Pelajar Islam Malaysia (PKPIM) akan menganjurkan program Perkampungan Menara Gading 2012 sebagaimana maklumat berikut:

Tarikh : 9 hingga 11 Februari 2012

Tempat : Kompleks Masjid Al-Hikmah, Jalan Pengkalan Chepa

Objektif : 1) Menjana budaya keilmuan ke arah kecemerlangan akademik pelajar khususnya golongan belia

2) Memberi kesedaran kepada peserta berkenaan persiapan yang diperlukan bagi menghadapi kehidupan alam kampus yang bersifat global dan mencabar

Sehubungan itu, pihak kami memohon sedikit bantuan bagi menampung dana yang akan digunakan bagi ini dan program-program akan datang. Sebarang urusan dan maklumbalas boleh dirujuk kepada wakil PPIK Sdr. Ahmad Zulkifli Bin Mohd Khir Low : (013-9980403) atau Sekretariat ABIM (PPIK) ( Tel : 09- 7714373 / Fax : 09-7714372).

Kerjasama dari semua pihak amat kami harapkan dan kami dahului dengan jutaan terima kasih.

Sekian, wassalam.

No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...