Monday, February 6, 2012

MALAM ANUGERAH NASYEED.COM


Alhamdulillah. Syukur tak terhingga pada Ilahi. Pada hari ini saya amat gembira apabila mendapat tahu majlis anugerah yang dikhususkan untuk penggiat nasyid tanah air akan diadakan. Malam Anugerah Nasyeed.Com yang bakal berlangsung pada 13 April 2012 ini dianjur oleh Nasyeed Edutainment Publishing Sdn Bhd atau Nasyeed.Com. Majlis yang gilang gemilang ini akan diadakan di Dewan Muktamar Pusat Islam, Kuala Lumpur pada pukul 8.30 malam. Acara ini akan menjadi agenda tahunan dalam kalendar nasyid tanah air.

Acara ini bukan sahaja sekadar memberi penghargaan kepada penggiat nasyid, ia juga dapat mencungkil bakat-bakat baru untuk diketengahkan ke dalam industri ini. Antara kategori-kategori yang dipertandingkan ialah:

1) Anugerah Nasyeed Sirah

2) Anugerah Nasyeed Cinta

3) Anugerah Nasyeed Amar

4) Anugerah Nasyeed Selawat

5) Anugerah Nasyeed Perjuangan

6) Anugerah Nasyeed Munajat

7) Anugerah Susunan Muzik Terbaik

8) Anugerah Klip Video Terbaik

9) Anugerah Vokal Terbaik

10) Anugerah Lirik Terbaik

11) Anugerah Lagu Terbaik

12) Anugerah Juara Carta Nasyeed.Com

13) Anugerah Khalifah Nasyeed

Pada 14 April 2012 pula akan diadakan Konsert Anugerah Nasyeed.Com. Selain itu, saturoadshow akan diadakan bagi mempromosi acara ini di lokasi-lokasi terpilih di seluruh Malaysia.

Saya berharap kita semua dapat memberi sokongan yang padu bagi memperluaskan lagi empayar nasyeed yang mana ia merupakan salah satu pintu dakwah untuk seluruh umat. Semoga allah memberkati usaha kita dalam menjayakan agamanya. Insya Allah.





No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...