Wednesday, February 15, 2012

4 KARYA DIANTOLOGIKAN


Alhamdulillah. Syukur yang tidak terhingga kepada pencipta-Ku, Allah SWT. Engkau memang bijak dalam merencana hidup hamba-Mu. Segala yang telah Kau berikan tidak dapat ku balas walaupun dengan hartaku yang menggunung. Hanya pujian syukur yang dapat ku panjatkan.

Pada bulan September 2011, pihak Universiti Malaysia Pahang (UMP) ada menganjurkan satu pertandingan mengarang puisi sempena sambutan hari kemerdekaan ke-54. Pertandingan ini terbuka kepada staf dan pelajar UMP sahaja. Bagi mengisi masa lapang ketika minggu orentasi, saya telah menghantar beberapa karya saya kepada pihak penganjur. Pada ketika itu saya cuma mahu berkongsi apa yang ada dalam kotak pemikiran saya sahaja.

Beberapa minggu dan bulan berselang saya telah dijemput untuk menghadiri satu majlis resepsi bagi memberi penghargaan kepada para karyawan. Pada ketika itu saya tidak dapat hadirkan diri kerana menghadapi peperiksaan percubaan. Majlis itu berlangsung di Dewan Astaka, UMP kampus Gambang dan dirasmikan juga Antologi Puisi Merdeka UMP: Kemerdekaan yang Terhutang.

Dalam antologi ini, 4 karya saya telah dipilih. Karya-karya saya tersebut ialah Nostalgia, Aku Dulu Kini, Salam Dari Anak dan Dia Pejuang. Kenangan ini adalah yang paling manis yang pernah saya lalui. Terima kasih diucapkan kepada panel penilai Datuk Baharuddin Zainal (Baha Zain) dan Prof. Madya Dr Lim Swee Tin. Semoga semua isi tersurat dan tersiratnya dapat dijadikan iktibar dan dapat memberi manfaat kepada semua yang membacanya. Insya Allah.

No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...