Saturday, January 7, 2012

IMAM SOLAT ISYAK



Alhamdulillah. Sebentar tadi saya bersama teman yang lain selesai menunaikan solat fardhu isyak secara Jemaah. Syukur ke hadrat Ilahi kerana telah memilih diri ini untuk menjadi imam pada kali ini. Sebelum ini, kebanyakan waktu solat saya hanya mampu menjadi makmum di belakang imam.

Sewaktu menjadi imam, apa yang dapat saya rasakan ialah rasa kasih dan saying kepada Allah SWT yang menyebabkan solat yang didirikan lebih fokus dan khusyuk. Ketenangan juga mudah dikecapi sebaik sahaja takbiratul ihram di angkat. Saat inilah yang sentiasa saya dambakan dalam mendirikan solat. Melalui ketenangan ini juga menyebabkan saya lebih bersemangat mengerjakan tugas sebagai khalifah di bumi ini.

Dikesempatan ini juga saya ingin berkongsi sedikit pengalaman yang saya tempuhi semasa hari pertama peperiksaan akhir semester bermula. Ketika saya ingin menjawab soalan yang ditanya, tiba-tiba saya ternampak bayangan ‘slide show’ di hadapan mata saya. Selepas itu, tangan saya dengan mudah menjawab soalan-soalan yang ditanya sedangkan saya kurang meminati subjek sejarah. Hanya ucapan syukur kepada Yang Maha Esa yang mampu diungkapkan. Allah SWT telah memudahkan saya untuk menjawab semua soalan yang ditanya. Mungkin ini merupakan ganjaran daripada amalan-amalan yang saya amalkan.

Berdasarkan Hadith Nabi SAW:

“Tidak akan terputus rezeki seseorang selagi dia tidak meninggalkan doa kepada kedua orang tua nya dalam sehari”

Huraian hadith:
  1. Jangan sesekali meninggalkan doa kepada kedua ibubapa (baik yang hidup mahupun yang sudah tiada).
  2. Allah akan memurahkan rezeki kepada mereka yang tidak putus berdoa kepada kedua ibu bapa (walaupun ada ibu bapa yang leka, doakan agar mereka berubah).
  3. Ingatlah bahawa keredhaan ibu bapa adalah keredhaan Allah.
  4. Semasa berdoa, berdoalah dengan bersungguh-sungguh, tadah tangan dan bayangkan wajah kedua orang tua kita , termasuk guru-guru kita dan mereka yang banyak menolong kita.
Melalui perkongsian ringkas ini, marilah kita sama-sama mengambil iktibar, memanfaatkan dan cuba sampaikan kepada teman-teman kita yang lain. Insya Allah..

No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...