Saturday, January 28, 2012

DIARI JEMAAH MUDA

Alhamdulillah. Bersyukur ke hadrat Allah SWT kerana masih lagi membuka runag kepada kita semua untuk beribadat dan menikmati kehidupan di dunia ini. Selain itu, marilah kita sama-sama memanjatkan setinggi selawat kepada junjungan besar kita, Nabi Muhammad SAW.

Alhamdulillah. Setelah 4 bulan pengajian, sesi pembelajaran bagi semester 1 telah pun melabuhkan tirainya pada 11 Januari 2012 baru-baru. Setelah itu, semua pelajar Universiti Malaysia Pahang (UMP) akan menikmati keindahan bercuti sehingga 12 Februari 2012. Ada yang pulang ke kampung dan ada juga yang menetap di kolej kediaman. Saya pula sibuk menghantar sahabat-sahabat saya ke Terminal Makmur, Kuantan. Agak banyak kali jugalah saya berulang alik. Mungkin abang yang bagi sewa kereta saya dah jemu tengok muka saya. Mana taknya, hampir dua hari (masa yang berlainan) saya sewa kereta dia. Itulah saya, selagi ada kudrat dan tak memudaratkan diri, saya akan setia membantu sahabat-sahabat yang lain, walaupun tidak sama tempat kelahiran mahupun bangsa yang berbeza.

Aktiviti peribadi saya bermula pada 13 Januari 2012. Pada hari ini, saya akan mengikuti abang-abang senior dan sahabat seperjuangan yang lain untuk bermujahadah di jalan Allah. Ini bukan kali pertama saya mengikuti pengembaraan ini kerana sebelum ini saya sudah menempuhinya dua kali ketika saya masih lagi belajar di Kolej Matrikulasi Selangor (KMS). Yang uniknya, program ini tidak berpandukan mana-mana tentatif pun. Semuanya bergantung kepada amir (ketua) untuk menentukan perjalanan program kami ini (dengan izin Allah SWT). Saya hanya mengikuti program ini selama 10 hari (13-23 Januari 2012) dan antara rumah allah yang telah saya lawati ialah Surau Seri Kemunting, Masjid Tanah Putih Baru, Surau Ar-Rahman, Peramu dan Masjid Cherok Paloh. Semua masjid dan surau ini terletak di Kuantan, Pahang.

Antara aktiviti-aktiviti yang kami laksanakan ialah:

1) Ta’lim gash.

2) Muzakarah Adab.

3) Ususi.

4) Gash (ziarah).

5) DTI (Dakwah, Ta’lim, Isti’bal)

6) Bayan (subuh dan maghrib).

7) Kepentingan dakwah.

8) Ta’lim akhir.

9) Adab tidur.

10) Mesyuarat.

Oleh itu, saya telah merancang untuk merekodkan semua aktiviti yang saya lakukan dan perkara yang saya hadapi untuk dikongsikan kepada anda sekalian. Semoga ini dapat dijadikan panduan kepada kita semua. Insya Allah.

13 JANUARI 2012

Lebih sikit pukul 8 pagi, saya berangkat ke surau Blok B untuk menunggu orang awam yang akan datang untuk mengambil saya. Sedang menunggu sehinggalah tertidur di dalam surau itu. Selepas sahabat saya, Luqman telefon, saya terus menuju ke kafe untuk sarapan pagi. Pagi ini saya bersarapan bersama senior dari Fakulti Pembuatan, Abang Khai dan Abang Fathi. Agak lama juga kami berborak.

Dalam pukul 12 tengah hari, orang awam yang ditugaskan untuk mengambil saya itu tiba. Rupa-rupa dia adalah senior saya, Abang Amir. Kami satu kuliah dalam subjek Fluid Mechanics. Dia meminta saya untuk memandu kereta kerana dia mengalami sakit kepala. Kami berangkat bersama Abang Azlin, peelajar tahun akhir dari Fakulti Elektrik dan Elektronik. Disebabkan terlalu lewat, kami terus menuju ke Masjid Besar di bandar Kuantan untuk menunaikan solat fardhu jumaat.

Selesai sahaja solat jumaat, kami terus menuju ke Surau Seri Kemunting. Maka, di sinilah bermulanya program saya bersama yang lain untuk berusaha menghidupkan semula suasana dakwah pada zaman Rasulullah SAW di kawasan itu. Pada hari ini juga, saya dilantik menjadi takhrir (pencerita tentang kebesaran allah SWT) dalam gash.

14 JANUARI 2012

Alhamdulillah. Hari ini berasa lebih bersemangat untuk melaksanakan aktiviti-aktiviti yang telah dirancangkan dalam mesyuarat. Selesai sahaja solat sunat maghrib, saya terperanjat kerana ada seorang jemaah terkena sawan. Kesian tengok dia.

15 JANUARI 2012

Hari ini merupakan hari terakhir kami di surau ini. Selepas khidmat dan mesyuarat, dalam lebih sikit pukul 12 tengah hari kami bergerak ke Masjid Tanah Putih Baru. Tengah hari ini, kami dijemput untuk ke majlis doa selamat dan menikmati hidangan di sebuah kafe yang baru sahaja dibuka di kawasan itu, Habeb Cafe. Boleh tahan juga masakan dia, sedap. Sewaktu gash, saya dapat melihat pelbagai reaksi penduduk di kawasan ini. Semoga Allah mengurniakan hidayah kepada mereka semua. Insya Allah. Saya ditugaskan untuk mengetuai ta’lim akhir pada malam ini.

16 JANUARI 2012

Pagi ini kami bersama-sama mengikuti program tafsir al-qur’an yang dijalankan di masjid ini. Dalam mesyuarat hari ini, saya ditugaskan menjadi amir dalam bahagian khidmat (menyediaan juadah jemaah). Pagi ini Allah SWT telah menguji kami dengan ketiadaan air di tandas. Terpaksa menggunakan air dalam kolah. Saya mengirimkan duit kepada Abang Ruzaini untuk membeli tiket pulang ke Kelantan. Lepas solat asar secara berjemaah, saya bersama Abang Amir keluar ke kedai untuk membeli sedikit juadah untuk para jemaah yang lain. Alhamdulillah, pada malam itu, Abang Ruzaini telah pun Berjaya mebantu saya untuk membeli tiket balik ke kampung. Almaklumlah, Tahun Baru Cina sudah dekat, dibimbangi tiket sudah habis dijual. Dengan bantuan Allah SWT, semuanya berjalan dengan lancar.

17 JANUARI 2012

Bayan subuh hari ini, disampaikan dengan baik sekali oleh Nasrul. Dalam mesyuarat hari ini, saya dilantik sebagai pembaca ta’lim untuk DTI malam ini. Selesai DTI pada malam itu, saya dan Luqman meluangkan sedikit masa dengan orang lama di situ. Banyak juga perkara yang kami bincang. Seronok dapat dengar penjelasan dari orang yang berpengalaman. Pada ta’lim akhir, ada diantara kami terlepas ‘gas asli’ dia. Ta’lim pada malam itu delay sekejap.

18 JANUARI 2012

Bayan subuh hari ini disampaikan oleh Luqman. Terhibur melihat muka dia semasa menyampaikan bayan. Hari ini merupakan hari terakhir kami di sini. Dalam pukul 9 pagi, kami dihantar ke Surau Ar-Rahman, Peramu. Saya pulang sekejap ke UMP untuk menukar beg dan menambah sedikit lagi barang untuk dibawa pulang ke kampung tidak lama lagi.

19 JANUARI 2012

Dalam mesyuarat kali ini, saya dilantik sebagai penyampai muzakarah adab. Abang Ruzaini menyampaikan ta’lim dengan baik sekali sehingga kami dapat mengingati sedikit hads-hadis yang dibacakannya. Saya dapat melihat cara orang menyuntik lembu dengan menggunakan sumpit angin. Tidur sekejap selepas membaca buku ‘ Hadis 40’. Malam itu, saya ada meminta kepada Allah agar juadah pada malam ini adalah ayam. Alhamdulillah, Allah makbulkan malah lebih sedap dari itu.

20 JANUARI 2012

Pada pagi ini, giliran saya untuk menyampaikan bayan subuh. Alhamdulillah, mereka seronok mendengarnya. Selesai mesyuarat pada hari ini, saya diamanahkan untuk melaksanakan khidmat. Apabila majlis ta’lim berlangsung, saya bersama Abang Jabbar keluar ke pekan untuk membeli sedikit barangan untuk ta’am pada hari ini. Pada waktu petang kami mengadakan gash, kali ini terdiri daripada saya, Abang Jabbar, Abang Shahrul, Abang Azlin dan Abang Hilman. Selepas ta’am pada malam itu, kami sempat berkongsi cerita tentang pengalaman-pengalaman hidup. Ada yang manis, ada yang pahit. Ruangan dapur pada malam itu dipenuhi dengan gelak tawa kami.

21 JANUARI 2012

Pagi ini, kami dijemput untuk ke majlis solat hajat di rumah Pak Cik Ibrahim. Hanya saya bersama Abang Hilman dan Abang Amir sahaja yang pergi ke majlis itu. Selepas itu, kami bergerak pula ke tempat kami yang terakhir iaitu di Masjid Cherok Paloh. Pada kali ini kami bersama orang awam (Tn Hj Adbullah, Tn Hj Manan, Tn Hj Bakhtiar, Tn Hj Amir, Umar, Taqif, Usamah, Abu, Iman dan beberapa Jemaah Bangladesh yang bekerja di Malaysia.

22 JANUARI 2012

Hari ini ta’lim gash, saya bersama Iman. Kami semua dijemput untuk makan kenduri di rumah penduduk kampung yang tidak jauh dari masjid. Gash kali ini, saya bersama Tn Hj Manan, En Syarifuddin (Pengerusi Masjid Cherok Paloh), Tn Hj Bakhtiar, Abang Shahrul, Abang Azizul dan 2 orang Jemaah Bangladesh ( Abang Basyur dan Abang Alias). Jemaah Bangladesh semakin bertambah.

23 JANUARI 2012

Hari ini merupakan hari terakhir saya dalam Jemaah. Ini tidak bermakna saya akan berhenti di sini. Semoga Allah membuka banyak lagi ruang kepada saya untuk mendalami ilmu agama. Pada mesyuarat pada kali ini, saya diamanahkan untuk memasak untuk semua Jemaah. Ini pengalaman pertama saya di dapur masak. Untuk sarapan pagi, saya bersama Tn Hj Amir membeli nasi dagang yang terkenal di Kampung Ubai. Tn Hj Amir juga banyak menceritakan tentang kisah para sahabat Rasulullah SAW. Terharu mendengarnya. Jumlah keseluruhan jemaah ialah lebih 40 orang. Saya mendapat bayan tangguh daripada Tn Hj Bakhtiar. Inilah bayan satu-satunya bayan yang dapat menyentuh hati saya. Penyampaian yang jelas dan pengisian yang mantap. Alhamdulillah. Dalam perjalanan ke terminal, Tn Hj Bakhtiar banyak memberi nasihat yang membina dan motivasi untuk menghadapi hidup di dunia yang penuh dengan ujian ini. Bertemu dengan Tn Hj Manan di terminal untuk mengambil barang saya yang bersama dengannya. Perjalanan pulang saya ke Kelantan bermula pada pukul 11.40 malam.

Berakhirlah catatan saya selama 10 hari di jalan Ilahi. Semoga catatan ini dapat memberi manfaat kepada semua para pembaca. Untuk pengetahuan semua, ini merupakan kali ke-3 saya dalam jemaah. Pertama, sewaktu saya melaksanakannya di Banting dan di perkampungan orang asli di Bukit Kemandol, Klang, Selangor selama 3 hari. Keduanya di Masjid Seri Petaling selama sehari setengah.

Di sini saya ingin berkongsi sedikit gambar kenangan ketika saya bersama jemaah di Banting, Klang dan Seri Petaling. Semoga kita dapat bertemu lagi pada masa akan datang. Insya Allah.


Di Banting, Selangor.








Di Bukit Kemandol, Klang, Selangor.






Di Masjid Seri Petaling, Selangor.






No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...