Thursday, March 31, 2011

LIRIK AMAR-AMANI


Tangisan sanubari telah terhenti
Kala suram suria memancar sinarnya
Pertemuan seindah bayangan firdausi
Menjadi zikir kasih yang suci

Lukisan dua jiwa menjadi satu
Terkenang detik bertemunya kau dan aku
Santun berhikmah mengingatkan diri
Hidup dan mati hanya untuk Ilahi


Mengenggam janji cinta ini
Bertemu kasih tanpa jasad
Bicara tanpa suara
Hanya tulisan bahasa indah

Mengeratkan antara kita
Hinggalah ke akhirnya

Kau ku sanjung kerna pengorbanan
Bagai puteri di kayangan
Tika ku lesu hadapi hidup
Kau hembuskan nafas semangat
Penawar hati

Lagu: AMAR
Lirik: AMAR

mfy.inside(at)gmail.com
Sumber http://my friendster

Friday, March 11, 2011

MENTOR MENTEE-KERJAYA GURU


Pada perjumpaan kali ini, kami hanya meluangkan masa selama sejam lebih untuk berbincang berkaitan 'KERJAYA MASA HADAPAN'. Topik ini dibangkitkan oleh teman saya, Izwan dari Negeri Sembilan.



Topik ini bertepatan dengan sesi pada kali ini kerana kami akan menempuh peperiksaan terakhir di matrikulasi yang bermula pada 11 april 2011 akan datang. Jujurnya, saya pun masih lagi mencari bidang yang sesuai untuk diri saya sendiri. Bukan bermakna saya tidak ada matlamat hidup, tetapi saya seorang yang mudah menerima apa-apa sahaja ilmu yang diberi. Kadang-kadang saya rasakan hal ini dapat menjejaskan masa depan saya kerana keterbukaan yang begitu luas dalam diri saya untuk mempelajari pelbagai jenis ilmu yang ada di muka bumi ini.Itulah dilema yang saya hadapi sekarang. Walaupun sudah bertemu dengan kaunselor-kaunselor saya sama ada secara berhadapan atau melalui SMS, masalah saya ini masih lagi terpaku dalam diri saya.

Berbalik kepada topik perbicangan kami, mentor kami, EN FAUZI B SAAD menekan kepada kami tentang kerjaya seorang guru. Hal ini kerana, kerjaya seorang guru amat menarik dan mencabar. Bukan senang untuk menjadi seorang guru. Kesabaran yang tebal perlu ada bagi mendidik anak bangsa.Tambahan pula pada masa sekarang. Sikap pelajar-pelajar sekolah yang kurang berdisiplin dan adab sedikit sebanyak telah memberatkan lagi bebanan seorang guru. Tidak dinafikan bahawa ada juga sekolah yang mana telah berjaya melahirkan pelajar yang berdisiplin, berakhlak dan berkualiti.Guru akan mengukir senyuman apabila melihat anaik-anak didiknya berjaya dalam pelajaran dan kokurikulum dan dapat melanjutkan pelajaran ke menara gading sama ada dalam atau luar negeri.




Mentor kami juga ada mengatakan kerjaya ini lebih sesuai kepada insan yang bernama WANITA. Hal ini kerana, seseorang wanita secara semulajadinya mempunyai sifat kasih sayang dan keibuan dalam diri mereka. Cara mereka dalam mendidik anak-anak muridnya jauh lebih berkesan berbanding guru lelaki. Ada juga guru lelaki yang berjaya menggunakan cara ini dalam pengajaran mereka. Tetapi, untuk menjadi seorang guru, kita hendaklah mempunyai minat dalam bidang ini. Kualiti seorang guru akan terlihat apabila banyak pelajar dapat dibentuk dengan sempurna dan berkualiti.

Dikesempatan ini, saya ingin memohon maaf kepada semua guru saya yang telah mengajar dan mendidik saya sekiranya saya ada membuat silap atau berkelakuan nakal ketika dalam kelas. Cuklup dulu buat masa ini,jumpa lagi pada masa akan datang.

wassakam...

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...