Tuesday, November 22, 2011

Ziarah Guru Yang Dirindui

Alhamdulillah. Hari ini, 12 november 2011 merupakan tarikh penamat kerindui saya dan kembar saya kepada salah seorang guru kami yang berkaliber. Selama 4 tahun penantian, kami bertemu di villa indah kediaman guru saya ini yang terletak di Batang Merbau, Tanah Merah. Hasrat yang selama ini yang hanya sekadar menjadi satu fantasi kini berubah menjadi realiti. Walaupun, kerap kali merancang akan pertemuan ini tetapi kesibukaan peribadi pula menjadi halangan.

Hazman b Abd Hadi. Inilah guru yang dahulu mengajar saya subjek kemahiran hidup semasa di tingkatan 2. Kami ditakdirkan bertemu di SMK Batu 4, Gerik, Perak selepas 5 tahun saya menimba ilmu di Terengganu. Karakternya yang sederhana dan bersahaja sedikit sebanyak merubah diri ini yang dahulunya seorang yang kurang berminat untuk mendalami ilmu. Sokongannya yang luar biasa itu seperti melekat di ingatan ini sehingga kini.

Saat bertemu di mahligai idamannya, guru yang berkelulusan master dari USM ini tidak lokek berkongsi pengalamannya. Kami juga dijamu dengan hidangan yang enak. Hidangan yang disediakan oleh isteri tercintanya ini memang menyelerakan terutamanya makanan kegemaran saya sup tulang lembu dan koktail kastard .


Selepas 3 jam bersua muka, kami terpaksa berangkat pulang kerana saya perlu bersiap untukpulang ke universiti pula. Kami sempat mengambil gambar untuk kenangan bersama. Saya berharap akan bertemu semula dengan hamba Allah ini. Insya allah.

No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...