Sunday, November 27, 2011

DIARI PAGI AIDILADHA 1432



Alhamdulillah, tiba masanya pada kali ini untuk saya berkongsi sedikit pengalaman yang telah ditakdirkan Ilahi pada Aidil Adha 1432. Ini merupakan kali kedua saya bersama adik saya yang lain Aslam Azahan, Aiman Azahan dan Afiq Azahan pulang pada pagi lebaran yang penuh ketenangan dan keberkatan.

Selepas selesai mandi sunat aidil adha, kami bertolak ke Masjid Kok Lanas untuk mengerjakan solat sunat aidil adha. Selang beberapa minit , kami mendirikan solat sunat secara berjemaah. Setelah khutbah selesai, kami bersua muka dengan kenalan-kenalan lama yang sudah lama tidak bertemu.








Selepas itu, kami pulang ke rumah semula untuk menyiapkan diri untuk ke Kampung Tal Tujuh, Pasir Mas untuk membantu ayah dan saudara yang lain dalam mengerjakan ibadah korban pada tahun ini.

Perjalanan selama 45 minit ini tidak meletihkan kami yang masih berjiwa muda ini. Alhamdulillah, kami tiba di sana pada pukul 10 pagi. Disebabkan kesibukan penyembelih pada hari itu, yang mana kami merupakan giliran yang ke-8, lembu korban pada tahun ini bejaya dikorbankan hampir pukul 11.30 pagi. Berkat kerjasama dengan saudara yang lain, kerja melapah dapat diselesaikan sebelum pukul 1 petang. Setelah selesai makan tengah hari, kami berangkat pulang ke kampung sebelah ayah pada pukul 3.30 petang.












Selepas selesai membahagikan daging korban kepada masyarakat sekeliling, saya bersama kembar saya pergi menziarahi keluarga di sebelah mama saya. Kerana terlalu gembira dan leka menikmati hidangan yang disediakan nenek pada malam itu, kami tiba lewat di majlis makan malam yang berlangsung di kampung sebelah ayah. Saat bertemu dengan sanak saudara ini merupakan memori yang tidak dapat dilupakan.

Majlis ini selesai hampir tengah malam, saya bersama kembar saya kembali semula ke kampung sebelah mama saya untuk menginap di sana. Kesejukan malam pertama aidil adha di sini memberi keselesaan kepada saya yang suka tidur dalam sleeping bag ini. Alhamdulillah, hari raya ini berlangsung dengan penuh lancar dan barakah. Semoga hari ini diberkati Ilahi. Insya Allah..

No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...