Sunday, October 9, 2011

INSYA ALLAH...DIA SAHABAT SEJATI


ASSALAMUALAIKUM DAN SALAM SEJAHTERA KEPADA SEMUA PARA PEMBACA. SELAWAT DAN SALAM KE ATAS JUNJUNGAN BESAR NABI MUHAMMAD S.A.W. SEMOGA SEGALA PERBUATAN DAN AKTIVITI YANG KALIAN LAKSANAKAN PADA HARI INI MENDAPAT KEBERKATAN DARI ILAHI. ALHAMDULILLAH,SETELAH SEKIAN LAMA SAYA BERKONGSI DENGAN KALIAN SEMUA BEBERAPA POTONGAN HADIS PADA EDISI LEPAS, KINI SAYA TERDETIK UNTUK BERKONGSI SEDIKIT TENTANG INSAN YANG BIJAK MEMBAHAGIKAN HIDUPNYA DI DUNIA DAN DI AKHIRAT.

INSAN INI MERUPAKAN SEORANG HAMBA ALLAH YANG SENTIASA BERSYUKUR DENGAN NIKMAT DAN KURNIA YANG DILIMPAHI KE ATAS DIRINYA. INSAN INI JUGA TELAH BANYAK MEMBANTU TEMAN-TEMAN DISEKELILINGNYA MENGENAL ILAHI DENGAN LEBIH DEKAT. SETIAP AMALAN HIDUPNYA MENJADI PANDUAN KEPADA TEMAN-TEMANNYA. INSYA ALLAH.

INSAN INI MERUPAKAN TEMAN BARU SAYA DI MENARA GADING INI. PADA AWAL MINGGU INDUKSI SISWA (MINDS), SAYA SENTIASA MEMERHATIKAN INSAN INI. SAYA TIDAK TAHU MENGAPA. SEHINGGALAH SEKARANG SAYA TIDAK MENEMUI JAWAPANNYA. SETIAP DETIK DAN SAAT SAYA MEMERHATIKAN GERAK-GERINYA. HATI SAYA SENTIASA INGIN BERTANYAKAN SIAPA DIA SEBENARNYA.

ALHAMDULILLAH, MUNGKIN BERKAT DOA SAYA YANG SELAMA INI MENGINGINKAN SEORANG SAHABAT YANG DAPAT MEMBANTU SAYA DALAM MENDALAMI ISLAM YANG SEBENAR. TELAH TERCATAT DALAM KITAB LAUH MAHFUZ BAHAWA KAMI AKAN BERSAUDARA SEHINGGA SEKARANG. JASA BAIK DAN TULUS IKHLASNYA INSAN INI MENCORAK SAHABATNYA, SEDIKIT SEBANYAK TELAH MENDEKATKAN SAYA PADA YANG MAHA SATU. INSYA ALLAH SAYA AKAN SENTIASA DOAKAN AGAR INSAN INI TERUS DIRAHMATI DAN DIBERKATI ALLAH S.W.T. INSAN INI IALAH 'MUHAMMAD LUQMAN BIN MUHAMMAD ALI'.

No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...