Monday, May 2, 2011

MARI BERSOLAT

Solat adalah tiang agama!! Itulah kata-kata yang sering kita dengar melalui ustaz ustazah di sekolah atau pakar motivasi mahupun ibu bapa kita. Tetapi, sejauh mana kita mempraktikkan ibadah yang diwajibkan oleh Allah S.W.T kepada kita,hamba Allah yang lemah.


Tidak dinafikan kita manusia adalah sebaik-baik makhluk ciptaan Allah S.W.T di muka bumi ini. Sebagai hamba Allah, kita hendaklah mengikuti segala perintah dan larangan-Nya. Solat merupakan ibadah yang diajarkan kepada nabi kita,Nabi Muhammad S.A.W tanpa melalui perantaraan malaikat Jibrail. Ini kerana perintah solat adalah paling besar berbanding ibadah-ibadah yang lain. Solat dilaksanakan mengikut waktu-waktu yang ditetapkan seperti pada waktu fajar, waktu gelincir matahari, petang, senja dan malam.

Malangnya, pada era globalisasi yang serba canggih ini, ramai diantara kita yang mengambil ringan berkaitan solat ini. Malah urusan dunia pula diutamakan. Baik golongan kaya, miskin, cerdik pandai, bandar, kampung, semuanya sama. Walaupun dinasihat berulang kali, mereka tetap tidak mahu melaksanakan ibadat solat malah membenci golongan yang menegur mereka.



Sedih apabila melihat masjid didiri dengan penuh gah dan cantik tetapi masih tiada yang mahu melaksanakan solat. Kita boleh gambarkan sendiri bagaimana sebuah masjid yang berkeluasan padang bola sepak tetapi makmumnya tidak sampai separuh saf pertama. Memang malang bagi kita yang dikurnia nikmat keamanan dan kedamaian yang diberikan oleh Pencipta kita tetapi tidak mengambil peluang ini untuk mendekatkan diri kepada-Nya.

Percayalah, walaupun sesebuah negara itu mempunyai bangunan-bangunan yang tinggi-tinggi dan mempunyai seni bercorakkan keislaman tetapi penduduknya tidak diajar dan dibentuk dengan agama dengan baik,negara itu belum lagi mencapai tahap negara islam yang sebenarnya. Percayalah, nikmat yang dikurniakan ini adalah bersifat sementara dan ia tidak akan membantu kita pada hari kiamat kelak. Wallahualam..

No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...