Friday, February 11, 2011

MENTOR MENTEE-BAHAS ISU 'BUANG BAYI'

Pada perjumpaan bagi program mentor mentee kali ini, dimeriahkan oleh mentor baru kami., EN. FAUZI BIN SAAD yang berasal dari kedah. Selepas sesi suaikenal, kami dicadangkan oleh En. Fauzi sendiri bagi membahaskan tentang isu hangat ini. Pembahas-pembahasnya terdiri daripada golongan lelaki dan perempuan dalam praktikum(kelas) kami. Dua kumpulan terbentuk dengan sendirinya antara pelajar lelaki dan perempuan.

Ternyata pelajar perempuan tidak dapat membahasnya dengan baik setelah pelajar lelaki, saya dan teman rapat saya, TEE CHUNG CHET menegaskan isu ini timbul kerana LEMAH PEGANGAN AGAMA dan CARA PEMAKAIAN PEREMPUAN YANG TIDAK MENEPATI SYARIAT AGAMA. Lebih mangejutkan apabila chung chet sendiri memberi respon berkaitan IMAN seseorang. Hal ini menyebabkan pelajar perempuan lebih banyak mendiamkan diri walaupun mereka cuba memberi hujah-hujah yang lain.

Konklusinya daripada pembincangan kali ini, isu pembuangan bayi tidak akan berlaku sekiranya setiap menjadikan AGAMA SEBAGAI TUNJANG KEHIDUPAN SEHARIAN. Insya allah kami akan cuba membahaskan lagi isu-isu yang hangat pada sesi akan datang.

No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...