Friday, January 2, 2009

Bercuti ke Negeri Terengganu Darul Iman (1)

Pada 22 hingga 25 disember 2008, saya bersama ahli keluarga saya telah berkunjung ke negeri yang pernah kami duduki.Negeri Terengganu. saya mula berhijrah ke nageri ini pada september 2001 sehingga mac 2006.Kami minginap di Merang Suria Resort. Perjalanan kami memakan masa selama 2 jan 30 minit dari tempat tinggal kami di Kota Bharu.

Pada pukul 4.00 ptg, kami mula bertolak ke kuala Terengganu untuk melawat ke lapangan terbang negeri Terengganu iaitu Lapangan Terbang Sultan Mahmud. Dalam perjalanan kami ke sana, kami sempat melihat pusat pertandingan ekuistrian yang berlangsung baru-baru ini. Pusat ini amat cantik dan menarik hati kami.

Kami tiba di Lapangan Terbang Sultan Mahmud pada pukul 4.45 ptg. keunikan reka bentuk bangunan-bangunan dan laman-laman sekitar kawasan di lapangan terbang ini menunjukkan perbezaan yang begitu ketara bagi saya yang pernah berhijrah ke sini. landskap-landskap yang menarik bukan sahaja dapat menarik perhatian pengunjung-pengunjung yang datang ke sini malah dapat menenang fikiran seseorang. landskap yang yang paling menarik untuk diri saya ialah landskap air yang mengalir yang terdapat di dalam bangunan utama lapangan terbang ini. alunan air yang mengalir dapat mengubat jiwa dan menenangkan hati seseorang..

1 comment:

karu said...

yes, visiting the waterfall once in a while is very nice

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...